Dari kiri ; Asyiqin,Atikah dan Sa'idah |
- NUR ATIKAH BINTI MOHD FUAD (3041181006)
- NURASYIQIN BINTI HAIRUL YAZID (3041181016)
- NURSA'IDAH HAFIZAH BINTI SUDARMAJI (3041181017)
Kami memilih tajuk 'Sejarah dan keunikan Batu Caves sebagai pusat beribadat agama Hindu' adalah kerana Batu Caves merupakan pusat beribadat agama Hindu yang utama di Malaysia dan kami juga ingin tahu mengapa Batu Caves menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia.
Bagi melaksanakan tugasan ini,kami bertiga telah pergi ke Batu Caves pada 20 April 2019.
Batu Caves adalah bukit batu kapur yang mempunyai 4 gua iaitu Dark Caves, Gua Damai , Cave Villa dan Batu Caves yang terletak di Gombak,Selangor.Nama Batu Caves di ambil daripada Sungai Batu yang mengalir diantara bukit-bukit disana.Ianya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari pusat bandaraya,Kuala Lumpur.Secara rasmi nya Batu Caves merupakan pusat beribadat bagi agama Hindu sejak tahun 1891.Batu Caves mempunyai 3 kuil utama iaitu Sri Velayuthar Temple dan mempunyai 272 anak tangga.Batu Caves diperkenalkan oleh K.Thamboosamy Pillay.Menurut seorang warga india iaitu pemilik kedai cenderamata (),K.Thamboosamy Pillay memilih batu caves adalah kerana beliau bermimpi bahawa Dewa Murugan mengutuskan beliau untuk pergi ke batu caves dan menjadikan tempat tersebut sebagai pusat beribadat agama hindu.Asalnya,sebelum batu caves diperkenalkan oleh beliau, sudah tersedia ada satu kuil kecil didalamnya yang kini dikenali sebagai 'Main Temple'.
Kami kesana dengan menaiki kereta,sebelum masuk ke dalam batu caves kami dikenakan caj RM2.00 untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan.Kemudian,kami terus menuju ke kawasan utama batu caves iaitu dihapadan pintu masuk untuk menaiki tangga.Di tapak batu caves tersebut terdapat satu kuil pada sebelah kiri kami dan juga patung dewa murugan yang berwarna emas.Patung dewa murugan adalah patung dewa hindu yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 42.7meter,ianya diperbuat daripada 250 tan keluli ,1550 meter padu konkrit dan 300 liter cat emas dan 2.5 juta ringgit Malaysia telah dibelanjakan untuk patung tersebut.Ia mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan.Patung dewa murugan ini dirasmikan pada Januari 2006 oleh YB.DATO SERI DR S.SAMY VELLU iaitu Menteri Kerja Raya,Malaysia & Presiden M.I.C pada ketika itu.
Untuk memasuki gua batu caves kita perlu melalui pintu masuk utama sebelum menaiki 272 anak tangga yang berwarna warni.Disitu,mereka menjual selendang untuk para pelancong bagi menutup bahagian kaki bagi sesiapa yang memakai pakaian di atas paras lutut. Hal ini untuk menghormati tempat beribadat mereka. Untuk memasuki gua batu caves adalah percuma.
Sepanjang perjalanan menaiki anak tangga di batu caves tersebut,terdapat beberapa ekor kera yang berkeliaran disitu.Kami menasihatkan agar menjaga barang peribadi dengan berhati-hati kerana kera disana suka mengambil barang milik pengunjung begitu juga dengan makanan yang dibawa.
pintu masuk utama batu caves
Apabila tiba dipintu masuk ke gua (vel),terdapat patung-patung dewa yang berada di pintu gua (vel).Dari hadapan pintu kita boleh lihat sebuah kedai cenderamata yang unik didalam batu caves.Terdapat banyak jenis cenderamata,kami tertarik kepada bulu merak yang dijual di kedai itu yang berharga RM2 sehelai.Selepas melalui kedai tersebut kita boleh lihat kuil Sri Velayuthar (The Main Temple)
|
Vel |
Kedai cenderamata
Selepas melalui 'The Main Temple',terdapat satu lagi kuil yang tidak kami ketahui namanya hal ini kerana pihak pengurusan batu caves tersebut meminta kami untuk tidak mendedahkan sepenuhnya mengenai sejarah batu caves oleh sebab-sebab tertentu.Kemudian,kami menaiki satu lagi beberapa anak tangga untuk sampai ke kawasan yang paling atas,disana pula terdapat kuil lain juga dan kawasan disana agak terbuka kerana kita dapat melihat langit walaupun di dalam gua.
Kawasan paling atas
BIODATA K.THAMBOOSAMY PILLAY
K.Thamboosamy Pillay |
K.Thamboosamy Pillay merupakan pengasas yang menubuhkan batu caves sebagai tempat beribadat agama hindu pada tahun 1891.K. Thamboosamy Pillay merupakan ketua bagi masyarakat india di Kuala Lumpur selama tiga dekad, beliau dilahirkan di Singapura dan mendapat pendidikan di Raffles Institution. K. Thamboosamy memulakan kerjaya sebagai seorang kerani di firma guaman Rodyk dan Davidson, beliau kemudiannya mengikuti majikannya, Guthrie Davidson ke Selangor, selepas majikannya itu dilantik sebagai Residen Selangor yang pertama. K.Thamboosamy kemudian dilantik menjalankan tugas-tugas pengurusan pejabat di Pejabat Perbendahaan Negeri Selangor yang beribu pejabat di Klang. Pada tahun 1889, beliau bersara dari perkhidmatan awam dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Kerani, dan sebagai tanda penghargaan, Residen British pada masa itu, William Maxwell telah melantik beliau sebagai pengurus bagi sebuah syarikat perlombongan, New Rawang Tin Mining Company.
Beliau telah berjaya memajukan syarikat berkenaan, malah beliau sendiri menjadi antara tokoh yang dihormati pada ketika itu. K. Thamboosamy merupakan ahli Selangor Turf Club, malah turut memiliki koleksi kudanya sendiri. Selain aktiviti perlombongan, K. Thamboosamy turut membina kekayaan melalui aktiviti hartanah dan binaan, malah beliau sering mengadakan keraian mewah di rumahnya, di Batu Road.
K. Thamboosamy meninggal dunia di Singapura pada tahun 1902, memandangkan pada ketika itu tiada perkhidmatan keretapi atau jalan darat yang baik, maka atas inisiatif Sir Frank Swettenham, mendiang dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kapal layar khas yang dikhaskan untuk kegunaan Gobenor British.
PERAYAAN THAIPUSAM
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang bergama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu,Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.Thaipusam diraikan pada bulan 'Thai' yang jatuh pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.
Jawapan kepada mengapa Thaipusam sering kali di sambut di Batu Caves oleh masyarakat hindu di Malaysia adalah kerana penubuhan Batu Caves adalah daripada pengutusan Dewa Murugan yang masuk ke dalam mimpi K.Thamboosamy Pillay untuk menubuhkan pusat beribadat agama Hindu di Batu Caves.Thaipusam juga merupakan hari untuk menunaikan nazar dan menebus dosa dan memohon ampun terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun.
Pada hari tersebut,mereka akan membawa belanga yang berisi susu didalamnya kerana susu itu dianggap paling suci.Belanga tersebut diperbuat daripada tembikar atau pada masa kini diperbuat daripada aluminium,belanga yang dibawa akan dihias dengan pelbagai corak,warna,daun dan benang.Belanga ini akan dijunjung diatas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil.Walau bagaimanapun,bukan semua penganut agama hindu membawa belanga berisi susu ini kerana ia bukanlah satu kewajipan bagi meraikan thaipusam.
Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India, Hal ini kerana di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Mengikut kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari bandar dan berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja contohnya di Batu Caves. Selain disambut di Malaysia, negara lain seperti Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain juga meraikannya.
Sambutan yang juga dipanggil "Kartikeya Thaipusam" yang juga untuk memohon keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai "Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha". Kejayaan melawan anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut.
PENUTUP
Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum,kita haruslah berfikiran terbuka dan mempelajari setiap perayaan bagi setiap kaum di Malaysia serta menghormati setiap kepercayaan kaum di negara ini supaya Malaysia dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu ,berpengetahuan tinggi seperti negara-negara luar yang terkenal dengan kebijaksanaan mereka.Contohnya,perayaan Thaipusam yang merupakan salah satu perayaan yang utama di Malaysia.Akhir kata,kami juga telah menyediakan satu video sewaktu kami di Batu Caves untuk gambaran yang lebih jelas dan mendalam tentang Batu Caves para pembaca dialu-alukan untuk melihat video tersebut.Terima kasih kerana membaca! Kami harap blog ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tambahan kepada semua dan semoga semua maklumat yang diberikan dapat memberi manfaat.Andai ada salah dan silap dari kami pohon maaf dan jika ada sebarang pembetulan sila tinggalkan di ruangan komen.Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum,kita haruslah berfikiran terbuka dan mempelajari setiap perayaan bagi setiap kaum di Malaysia serta menghormati setiap kepercayaan kaum di negara ini supaya Malaysia dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu ,berpengetahuan tinggi seperti negara-negara luar yang terkenal dengan kebijaksanaan mereka.Contohnya,perayaan Thaipusam yang merupakan salah satu perayaan yang utama di Malaysia.Akhir kata,kami juga telah menyediakan satu video sewaktu kami di Batu Caves untuk gambaran yang lebih jelas dan mendalam tentang Batu Caves para pembaca dialu-alukan untuk melihat video tersebut.Terima kasih kerana membaca! Kami harap blog ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tambahan kepada semua dan semoga semua maklumat yang diberikan dapat memberi manfaat.Andai ada salah dan silap dari kami pohon maaf dan jika ada sebarang pembetulan sila tinggalkan di ruangan komen.Assalamualaikum dan salam sejahtera.